Nisa, Aishah n Mira |
Aku, Saharia (isteriku) n Amanina (anak bungsu aku) |
depan salah satu hotel kat Tawau, terasa macam kat Hong Kong pulak |
Dah penat dah jalan nih, asalnya nak makan seafood tapi tak jumpa pulak. kaki pun dah sakit dah nih. Makan je la apa2 yang jumpa.
Satu perkara yang aku suka tentang Tawau nih ialah traffic nyer. Pemandu kenderaan kat sini lebih hormat kepada pejalan kaki. Kalau ada orang yang melintas jalan, mereka akan memperlahankan kenderaan masing2. Tak macam kat KL dan tempat2 lain yang pernah aku pergi.... kalau nak melintas korang mesti berlari, kalau tak sure kena langgar punya.
3 dara.. opsss.. 2 dara + 1 mak dara |
Lebih kurang jam 9.30 malam kami dah pun selesai makan. Semasa dalam perjalanan balik ke hotel kami sempat lagi bergambar. Sampai kat hotel ada yang terus naik ke bilik sebab dah penat seharian berjalan, ada juga yang masih boleh bertahan dan melepak di kedai mamak berhampiran hotel sambil menikmati suasana malam minggu di Bandar Tawau.
Tamat catatan untuk hari pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan