Rabu, 15 Disember 2010

Sabah - Hari Kedua - Bhgn 3

Lepas shopping kat Pasar Tanjung Tawau... kami cadang nak pusing-pusing sekitar Bandar Tawau dan melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya.  Tapi malangnya, driver yang pandu van tu tak tau mana nak bawa kami.  Cuaca pulak agak panas waktu tu.  Hampir setengah jam kami dalam van meronda-ronda sekitar Bandar Tawau.

Masing-masing muka dah mencuka,
hanya Amanina yang masih ceria dgn gitarnya






Beberapa gambar yang sempat diambil semasa meronda sekitar Bandar Tawau
1. Gambar atas suasana tepi pantai Tawau
2. Gambar kiri suasana di atas jalan di Tawau




Sedang van kami dok pusing-pusing tuh, Si Nisa ternampak gerai ABC... terliur beb, dah la panas sekitar jam 2.30 petang.  Kami suruh van tu berhenti sekejap sebab nak minum ABC.




Tak aci ko sham.. aku yang order dulu,
bak sini, kalu tak aku belasah ko
Sabar ye Nisa ko order dulu, tp aku yang dapat dulu... kata Sham
sambil diperhatikan Aishah n Mira
Selesai menjamu selera, kami naik van semula.  Kali ni driver van tu cakap nak bawa kami ke satu tempat... Pantai.  Lupa pulak apa nama pantai tu.  Waktu masa ni dah jam 3.20 petang. Jarak perjalanan lebih kurang 20km.
dalam van menuju ke pantai
Persimpangan jalan menuju ke pantai
Cikgu Nisa sedang memberi tunjuk ajar
Sempat bergambar walaupun hanya beberapa minit berada di sini. Bukan tak nak duduk lama-lama kat sini, tapi suasana tak berapa mengizinkan.. Kebetulan pula air surut masa nih, tak dapat nak main-main air.

dah pandai dah nih

Aishah, Linda(Fizik), Nisa, Mira n Pn.Yusna(Zon E)
Zam (UM)




              Sedang merenung masa depan








Lepas tu kami bertolak balik ke Bandar Tawau.  Tapi sebelum tuh, kami kena singgah rumah pengantin jap... Kena hantar bos kami, Pn.Yusna sebab dia dah nak bertolak balik ke semenanjung malam nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan