Selasa, 14 Disember 2010

Sabah - Hari Kedua - Bhgn 2

Agak lama juga kami berada di rumah pengantin.  Kalau pakai kamera lama yang guna filem agaknya dah bergulung2 filem yang habis.  Tapi nasib baik la sekarang nih zaman dah moden, peralatan semakin canggih, semua guna digital.  Tak kisah berapa banyak nak ambil gambar pun.



Barang-barang hantaran dari pihak pengantin lelaki
Rombongan kami sedang menjamu selera
Selesai menjamu selera


Amanina bergaya dengan cekak rambut pemberian pengantin






Gambar-gambar bersama pasangan pengantin


Selepas selesai makan dan bergambar dengan pasangan mempelai, kami meminta diri untuk meninggalkan majlis kenduri.  Kebetulan pula Pn Yusna juga berhajat untuk shopping sedikit cenderamata untuk di bawa pulang.  Lebih kurang jam 12.00 tgh, selepas semuanya selesai kami segera bertolak balik ke hotel penginapan sebab ada yang nak tukar pakaian.

Lepas tu kami segera bertolak ke Pasar Gantung lagi, lebih kurang 20 minit kemudian kami dahpun sampai di Pasar Gantung. Kali ni kami tak nak shopping lama-lama kat sini sebab nak ke tempat lain lagi.  So, masing2 pergi sendiri tapi sebelum tu kami janji nak berkumpul balik dalam masa 1 jam. 1 jam? Cukup ker? Cukuplah kot... Lagipun, semalam dah banyak shopping kat sini.  Tapi masih ada yang nak beli mutiara untuk dibawa balik... Semalam punya shopping masih belum cukup.

Pn.Yusna n Sham (Math) sedang membelek2 mutiara


Amanina seronok dengan gitar barunya




Lepas tu kami ke Pasar Tanjung Tawau lagi, kali nih sebab Pn.Yusna nak beli ikan bilis dan udang kering pulak. Harganya memang jauh berbeza banding dengan harga di semenanjung.

Jalan menuju ke Pasar Tanjung Tawau
Linda n Baem (Fizik) dan Nisa di Pasar Tanjung Tawau
Dah selesai membeli barang2 tu kami mintak driver van yang kami sewa tu bawa kami jalan2 pusing Bandar Tawau.  Tapi malangnya dia dah tak tahu nak bawa kami ke mana. Mungkin bagi dia kat Tawau nih takder apa2 yang menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan