Isnin, 13 Disember 2010

Sabah - Hari Kedua - Bhgn 1

Hari kedua di Tawau - 27 November 2010

Bangun pagi seawal jam 5.30 pagi, awal betul aku bangun pagi nih... tapi rupanya subuh dah nak habis, lupa pulak aku kat Sabah nih masa lebih cepat. Tak lama lepas tu anak aku pulak bangun.  Tapi agaknya sebab penat sangat kot, lepas solat kami semua tidur balik.  Lagipun pagi nih kami takder plan nak ke mana-mana, cuma akan ke majlis kenduri jer.  Malam tadi dah pakat nak bertolak jam 11.00 pagi, awal lagi nih.

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami semua bersiap-siap untuk ke majlis kenduri bos kami.  Hmmm... lepas nih tak boleh panggil Cik Hajera lagi, kena panggil Puan.  Rombongan pengantin lelaki diminta datang lebih awal, jam 10.00 pagi.


Sebelum bertolak ke tempat kenduri, masih ada yang sempat sarapan di kedai mamak berhampiran hotel tempat kami menginap sementara menunggu kawan2 yang lain.

Sarapan pagi roti telor n Milo





Tapi kami datang sebagai rombongan sebelah pengantin lelaki.  Kebetulan kami juga kenal pengantin lelaki yang juga asal dari semenanjung.  Rombongan pengantin lelaki yang datang tak ramai, hanya pengantin dengan keluarganya saja yang ada.  Jadi mereka minta kami membantu membawa hantaran perkahwinan sebanyak 7 dulang tu.

Bersama bapa pengantin lelaki (kiri sekali) n barang hantaran



Dalam van ke tempat kenduri



Tepat jam 10.00 pagi kami semua menaiki van menuju ke tempat kenduri. Takder la jauh mana pun, dalam 20 minit perjalanan jer.  Nak cerita banyak pasal kenduri pun tak guna kan? Baik korang tengok sendiri gambar-gambar yang kami ambil nih.  Kata orang sekeping gambar boleh menceritakan beribu-ribu patah perkataan.


Pengantin diiringi keluarga (Ibu n adik beradik)

Rombongan pengantin lelaki

Kumpulan kompang yang mengiringi
rombongan pengantin lelaki
Masa kami sampai tak ramai tetamu yang ada.  Majlis kenduri di sini tak sama seperti kebiasaan di KL sekarang yang kebanyakan menggunakan khidmat katerer.  Di sini mereka masih mengamalkan konsep gotong-royong.  Majlis kenduri pula bermula dari pagi sampai ke malam mengikut suku tertentu. Ada suku tertentu yang majlisnya bermula dari pagi sampai ke pagi esoknya.  Sebelum kami sampai lagi dah ramai tetamu yang hadir, kebanyakannya penduduk setempat.










Masing2 dah tak sabar menunggu pengantin dibawa turun

Pengantin dibawa turun selepas dipersiapkan




Pengantin dibawa ke pelamin












Kedua2 mempelai disandingkan di atas pelamin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan