Akhirnya kami selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau.. lebih kurang jam 11.20 pagi kami check out dari balai ketibaan.
 |
Penulis semasa berada di balai ketibaan
Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau |
 |
Depan Lapangan Terbang Tawau |
Malangnya van yang kami tempah tak datang jemput kami, dah beberapa kali call tak dijawab. Mana pulak driver ni pergi? tak nak bawa kami ker?
Terpaksa la kami ambil mana-mana teksi yg ada kat airport nih, tp masalah nyer kami 10 orang, kena ambil paling kurang pun 3 buah teksi. Nasib baik masa tuh ada beberapa buah van yang memang menunggu penumpang di airport tu... Lepas berbincang pasal harga dan destinasi yang kami nak tuju di Tawau dan hantar kami ke Semporna, driver van tu pun setuju... lebih sikit la bayarannya berbanding dengan van yang kami deal sebelum sampai ke sini. Tapi ok la sebab van nih untuk 14 orang penumpang, boleh memuatkan semua orang dengan beg-beg sekali dan yang penting ada aircond.
 |
van yang kami sewa |
Jam 12 tgh van kami mula bergerak dari Lapangan Terbang Tawau menuju ke tempat kenduri. Kenduri sebenarnya pada hari Sabtu, tapi disebabkan kami belum boleh check in di hotel tempat kami akan menginap, bos kami ajak makan tengahari kat rumah dia dulu. Sampai jer kat rumah bos, kami agak terkejut.... Puan Yusnawati dah ada di sana. Hari tu dia cakap tak pergi tapi dia lebih dahulu sampai dari kami yang booking tiket dahulu.
 |
Bersama pengantin n Pn.Yusna (belakang) |
Selepas makan tengahari kami segera bertolak ke Bandar Tawau, lebih kurang jam 1.15 tgh. Kami tak terus ke hotel, sebab belum masanya untuk check in. Kami minta driver van tu tunjukkan kami tempat-tempat di sekitar Tawau yang boleh kami pergi dan shopping. Hmmm... dekat jer ngan hotel tempat kami menginap, boleh jalan kaki jer. Memang kebetulan hotel kami terletak di tengah-tengah Bandar Tawau. Ada banyak lagi hotel lain kat area sini.
 |
Sham (Math) |
 |
Aishah n Asri |
 |
Mira, Nisa n Aishah
Gambar2 di depan hotel Monaco |
Jam 2 petang kami check in di hotel... Monaco Hotel, lepas semua dah selesai bayar dan ambil kunci bilik, masing-masing terus menuju ke bilik. Buka jer pintu bilik anak aku kata 'ayah.. dah malam'. Maklumla bilik hotel takder tingkap, gelap kat dalam tuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan