Catatan perjalanan ke Sabah
Hari Pertama
Seawal jam 6 pagi 26hb November 2010 kami memulakan perjalanan dari Serdang ke KLIA. Lebih kurang jam 6.45 pagi kami tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
 |
Beratur utk Check in di KLIA |
Opss.... lupa lak, ada ahli kumpulan kami yang terpaksa bertolak lebih awal menaiki pesawat AirAsia. Sebenarnya mereka nih tak bercadang nak ikut pada awalnya, last minute beli tiket tu yang terpaksa naik AirAsia tuh.....
 |
Linda (Fizik) |
 |
Baem (Fizik) |
 |
Menunggu kebenaran masuk ke flight |
Selepas mendaftar masuk, kami segera berjalan menuju ke pintu masuk dimana pesawat yang akan kami naiki sedia menunggu. Selepas melalui beberapa tapisan keselamatan akhirnya kami selamat masuk ke dalam pesawat MH2660 tanpa sebarang masalah.

Kalau ikut tiket penerbangan kami berlepas jam 8.25 pagi. Lepas masuk ke dalam flight sempat la kami snap beberapa gambar sebagai kenangan semasa dalam kapal terbang tuh.
 |
Asri, Saharia n Amanina(dah tidur sbb takut naik flight) |
Lebih kurang jam 8.40 pagi, pesawat yang kami naiki mula bergerak dan berlepas menuju destinasi.... Tawau la mana lagi... tempat tujuan utama kami ialah kenduri kahwin bos kami Cik Binti Hajera ... lepas nih kena panggil Puan Binti Hajera
 |
Sham (Math) n Aishah |
mohon pemilik blog contact saya
BalasPadam