Masa kami sampai kat sini tak ramai orang yg ada masa nih mungkin kerana waktu sekarang nih betul2 tengahari, panas, so takramai yang keluar. Kami pun tak terus mandi, kami cari port yang agak selesa sikit untuk makan tengahari. Melalui beberapa resort yang ada kat sini, cadangnya nak duduk jer kat situ, tp memandangkan kami bukan tetamu tempat tu, terpaksa la kami jalan jauh sikit, cari tempat yang agak terbuka. Tambahan pula kat kawasan sini terdapat banyak anjing yang berkeliaran, kami terpaksa cari port lain.
Sambil tu kami nak tengok2 kawasan kat sini. Terdapat sebuah masjid disini dalam perjalanan kami ke kawasan rumah2 penduduk pulau Mabul. Kami juga melalui sebuah pondok polis marin yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk dan pengunjung di Pulau Mabul nih.
Sambil tu kami nak tengok2 kawasan kat sini. Terdapat sebuah masjid disini dalam perjalanan kami ke kawasan rumah2 penduduk pulau Mabul. Kami juga melalui sebuah pondok polis marin yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk dan pengunjung di Pulau Mabul nih.
Kami teruskan perjalanan ke dalam kawasan kg. Ada sebuah kedai makan di sini. Kami decide nak duduk kat kedai makan ni jer. Boleh order air kat sini... makanan kami dah bawa. Ada juga yg order nasi goreng kat sini... erm katanya lebih sedap dari makanan yang kami beli tadi. Malah lebih sedap dari yg kami makan kat Tawau semalam... rugi pulak rasanya beli nasi lauk campur kat Semporna tadi... kalau tau ada kedai makan yang bagus cam nih tak payah beli pun takper. Harga pun tak jauh beza dengan kat Semenanjung. Lepas Zohor kami ke Pantai untuk snokerling.
Pada mulanya pemandu bot bawa kami ke tengah sedikit utk pemandangan yang lebih cantik, tp disebabkan kebanyakan dari kami tak pandai berenang... kami terpaksa naik bot utk ke tepi pantai balik. Mana yang tak tahu berenang terpaksa turun ikut pantai sambil belajar menggunakan alat snokerling. Bila dah pandai dan tahu menggunakan alat snokerling tu barulah mereka berani ke kawasan yang lebih dalam. Pemandangan yang cukup cantik. Rugi bagi sesiapa yang datang ke sini tapi tak ambil kesempatan untuk snokerling atau scuba.
Scuba diving bagi kami agak mahal... anda boleh rujuk laman web scuba yang ada kat sini http://www.scubadiving-malaysia.com/dive-courses.htm pada kami kami tak mampu, lagi pun kalau nak menyelam scuba ni kena belajar dulu cara2 nyer. jadi kami ambil snokerling jer, baru RM15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan