Rabu, 5 Januari 2011

Sabah - Hari Ketiga - Bhgn 2

Sampai di Semporna lebih kurang jam 11.00 pagi.

Dalam van menuju ke Semporna


Video semasa dalam perjalanan ke Semporna

Masa sampai kat Semporna kami tak terus ke Hotel tempat menginap kami, tp kami mintak driver tu tunjukkan tempat di mana kami boleh beli barang2 sebagai kenangan datang ke Semporna ni. Bandar Semporna ni tak la besar mana pun. Mungkin sebab kawasan yang luas, jadi kedai kat sini nampaknya macam sedikit berterabur. Tapi banyak bangunan2 baru yang didirikan di sekitar sini.... mungkin kalau datang lain kali tempat ni akan nampak lebih membangun.


Lepas tu baru kami ke hotel tempat kami menginap. Nak kata hotel tak jugak. Pada aku tempat nih lebih macam resort la.

Laluan masuk ke Hotel Dragon Inn








Dragon Inn. Namanya pun kejap Hotel Dragon Inn, kejap aku nampak Dragon Inn Floating Resort. Walau macam manapun tempat ni memang cantik, atas air. Lepas check in di Dragon Inn, kami terus letakkan beg dan barang2kami dalam bilik.  Sepatutnya check in jam 2 ptg, tp sebab kami nak terus ke pulau, kami mintak jasa baik pihak Dragon Inn utk check in lebih awal.  Nasib baik diorang nih sporting dan kebetulan ada 2 bilik yang kosong jadi kami dapat 2 bilik jer dulu.  Ok la sebab just nak letak beg baju n barang2 jer....


Masa kami sampai kat Dragon Inn tu, owner bot yang nak bawa kami ke pulau dah lama menunggu... maaf la tadi ada eksiden dalam perjalanan ke sini, tu yang lambat sikit tuh.  Bila semua dah selesai, tukar baju dan bawa apa yg patut.kami segera ke bot.....

Sham berlatar belakangkan bot-bot yang menunggu utk membawa pelancong ke pulau-pulau sekitar Semporna

Sebelum bertolak ke pulau... destinasi kami ialah Pulau Mabul, kami beli sedikit makanan di jeti Semporna dulu, takut kat Pulau Mabul nanti takder makanan.  Driver bot tu kata ada kedai makan, cuma takut kami tak boleh makan.... jadi lebih baik beli sedikit, tak nak la nanti kebulur kat pulau tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan