Selasa, 4 Januari 2011

Sabah - Hari Ketiga - Bhgn 1

Masuk hari ketiga...


Hari ni kami cadang nak gi Semporna.  Ikut rancangan asal cam tu la.  Dah janji pun dengan driver van kami. Jam 7.30 pagi selepas bersiap apa yang patut, kami segera berkumpul dan tunggu van di perkarangan lobi hotel. Lebih kurang jam 8 pagi van kami sampai...



Sebelum bertolak ke Semporna kami ke rumah Bos kami dulu, tumpang tinggalkan barang-barang yang kami shopping kat Tawau. Banyak sangat takut nak balik nnt tak muat van, sebab masa balik nanti kami kena ambil van lain, van ni tak dapat nak jemput kami sebab dah terima tempahan lain sebelum kami.

Jam 8.15 pagi baru lah kami betul2 bertolak ke Semporna.. jarak perjalanan lebih kurang 100km... kalau ikutkan jarak tu dalam 1 jam dah boleh sampai ke Bandar Semporna.  Tapi keadaan jalan kat sini yang melalui ladang2 kelapa sawit tak memungkinkan kami sampai dalam 1 jam.
Jalan menuju ke Semporna

 
 Beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa dalam perjalanan ke Semporna

Di tengah perjalanan van kami kena langgar pulak dengan sebuah kereta Perodua MyVi. Cammana nak sampai cepat ke Semporna nih... lewat la kami nak ke pulau nanti nih.

Kereta MyVi yang langgar van kami n cuba nak lari
 
Rasanya yang kena langgar belah kanan, apasal korang dok ngendap belah kiri plak?





Myvi ni sebenarnya cuba nak memotong van kami tapi tak lepas, ada kereta datang dari arah depan.. tetiba dia terus belok ke kiri depan van kami tu kena sikit tuh.  Nasib baik jugak driver van tu sempat membrek dan mengelak... terhoyong-hayang jugak la van tuh... Nyaris nak terbabas. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Kebetulan masa tu aku duduk sebelah driver kat depan tuh, so memang nampak semuanya.

Disebabkan kejadian tu kami tiba agak lewat di Semporna, hampir jam 11.00 pagi baru sampai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan