Ahad, 16 Januari 2011

Sabah - Hari Ketiga - Bhgn 3

Lepas beli makanan kami terus bertolak ke Pulau Mabul menaiki bot..  Kami sampai di Pulau Mabul lebih kurang jam 12.00 tgh.
Masa kami sampai kat sini tak ramai orang yg ada masa nih mungkin kerana waktu sekarang nih betul2 tengahari, panas, so takramai yang keluar.  Kami pun tak terus mandi, kami cari port yang agak selesa sikit untuk makan tengahari. Melalui beberapa resort yang ada kat sini, cadangnya nak duduk jer kat situ, tp memandangkan kami bukan tetamu tempat tu, terpaksa la kami jalan jauh sikit, cari tempat yang agak terbuka. Tambahan pula kat kawasan sini terdapat banyak anjing yang berkeliaran, kami terpaksa cari port lain.


 Sambil tu kami nak tengok2 kawasan kat sini. Terdapat sebuah masjid disini dalam perjalanan kami ke kawasan rumah2 penduduk pulau Mabul. Kami juga melalui sebuah pondok polis marin yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk dan pengunjung di Pulau Mabul nih. 

Kami teruskan perjalanan ke dalam kawasan kg. Ada sebuah kedai makan di sini. Kami decide nak duduk kat kedai makan ni jer. Boleh order air kat sini... makanan kami dah bawa. Ada juga yg order nasi goreng kat sini... erm katanya lebih sedap dari makanan yang kami beli tadi. Malah lebih sedap dari yg kami makan kat Tawau semalam... rugi pulak rasanya beli nasi lauk campur kat Semporna tadi... kalau tau ada kedai makan yang bagus cam nih tak payah beli pun takper.  Harga pun tak jauh beza dengan kat Semenanjung. Lepas Zohor kami ke Pantai untuk snokerling.  

Pada mulanya pemandu bot bawa kami ke tengah sedikit utk pemandangan yang lebih cantik, tp disebabkan kebanyakan dari kami tak pandai berenang... kami terpaksa naik bot utk ke tepi pantai balik.  Mana yang tak tahu berenang terpaksa turun ikut pantai sambil belajar menggunakan alat snokerling.  Bila dah pandai dan tahu menggunakan alat snokerling tu barulah mereka berani ke kawasan yang lebih dalam.  Pemandangan yang cukup cantik.  Rugi bagi sesiapa yang datang ke sini tapi tak ambil kesempatan untuk snokerling atau scuba.


Scuba diving bagi kami agak mahal... anda boleh rujuk laman web scuba yang ada kat sini http://www.scubadiving-malaysia.com/dive-courses.htm pada kami kami tak mampu, lagi pun kalau nak menyelam scuba ni kena belajar dulu cara2 nyer.  jadi kami ambil snokerling jer, baru RM15.

Rabu, 5 Januari 2011

Sabah - Hari Ketiga - Bhgn 2

Sampai di Semporna lebih kurang jam 11.00 pagi.

Dalam van menuju ke Semporna


Video semasa dalam perjalanan ke Semporna

Masa sampai kat Semporna kami tak terus ke Hotel tempat menginap kami, tp kami mintak driver tu tunjukkan tempat di mana kami boleh beli barang2 sebagai kenangan datang ke Semporna ni. Bandar Semporna ni tak la besar mana pun. Mungkin sebab kawasan yang luas, jadi kedai kat sini nampaknya macam sedikit berterabur. Tapi banyak bangunan2 baru yang didirikan di sekitar sini.... mungkin kalau datang lain kali tempat ni akan nampak lebih membangun.


Lepas tu baru kami ke hotel tempat kami menginap. Nak kata hotel tak jugak. Pada aku tempat nih lebih macam resort la.

Laluan masuk ke Hotel Dragon Inn








Dragon Inn. Namanya pun kejap Hotel Dragon Inn, kejap aku nampak Dragon Inn Floating Resort. Walau macam manapun tempat ni memang cantik, atas air. Lepas check in di Dragon Inn, kami terus letakkan beg dan barang2kami dalam bilik.  Sepatutnya check in jam 2 ptg, tp sebab kami nak terus ke pulau, kami mintak jasa baik pihak Dragon Inn utk check in lebih awal.  Nasib baik diorang nih sporting dan kebetulan ada 2 bilik yang kosong jadi kami dapat 2 bilik jer dulu.  Ok la sebab just nak letak beg baju n barang2 jer....


Masa kami sampai kat Dragon Inn tu, owner bot yang nak bawa kami ke pulau dah lama menunggu... maaf la tadi ada eksiden dalam perjalanan ke sini, tu yang lambat sikit tuh.  Bila semua dah selesai, tukar baju dan bawa apa yg patut.kami segera ke bot.....

Sham berlatar belakangkan bot-bot yang menunggu utk membawa pelancong ke pulau-pulau sekitar Semporna

Sebelum bertolak ke pulau... destinasi kami ialah Pulau Mabul, kami beli sedikit makanan di jeti Semporna dulu, takut kat Pulau Mabul nanti takder makanan.  Driver bot tu kata ada kedai makan, cuma takut kami tak boleh makan.... jadi lebih baik beli sedikit, tak nak la nanti kebulur kat pulau tu.

Selasa, 4 Januari 2011

Sabah - Hari Ketiga - Bhgn 1

Masuk hari ketiga...


Hari ni kami cadang nak gi Semporna.  Ikut rancangan asal cam tu la.  Dah janji pun dengan driver van kami. Jam 7.30 pagi selepas bersiap apa yang patut, kami segera berkumpul dan tunggu van di perkarangan lobi hotel. Lebih kurang jam 8 pagi van kami sampai...



Sebelum bertolak ke Semporna kami ke rumah Bos kami dulu, tumpang tinggalkan barang-barang yang kami shopping kat Tawau. Banyak sangat takut nak balik nnt tak muat van, sebab masa balik nanti kami kena ambil van lain, van ni tak dapat nak jemput kami sebab dah terima tempahan lain sebelum kami.

Jam 8.15 pagi baru lah kami betul2 bertolak ke Semporna.. jarak perjalanan lebih kurang 100km... kalau ikutkan jarak tu dalam 1 jam dah boleh sampai ke Bandar Semporna.  Tapi keadaan jalan kat sini yang melalui ladang2 kelapa sawit tak memungkinkan kami sampai dalam 1 jam.
Jalan menuju ke Semporna

 
 Beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa dalam perjalanan ke Semporna

Di tengah perjalanan van kami kena langgar pulak dengan sebuah kereta Perodua MyVi. Cammana nak sampai cepat ke Semporna nih... lewat la kami nak ke pulau nanti nih.

Kereta MyVi yang langgar van kami n cuba nak lari
 
Rasanya yang kena langgar belah kanan, apasal korang dok ngendap belah kiri plak?





Myvi ni sebenarnya cuba nak memotong van kami tapi tak lepas, ada kereta datang dari arah depan.. tetiba dia terus belok ke kiri depan van kami tu kena sikit tuh.  Nasib baik jugak driver van tu sempat membrek dan mengelak... terhoyong-hayang jugak la van tuh... Nyaris nak terbabas. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Kebetulan masa tu aku duduk sebelah driver kat depan tuh, so memang nampak semuanya.

Disebabkan kejadian tu kami tiba agak lewat di Semporna, hampir jam 11.00 pagi baru sampai.

Ahad, 2 Januari 2011

Sabah - Hari Kedua - Bhgn 5 (Akhir)

Lebih kurang jam 6.30 petang suasana kat sini dah nampak macam malam...kalau kat semenanjung agaknya dah jam 8.00 dah suasana macam ni. Kami rehat jer kat hotel sementara tunggu masa untuk pergi makan malam.


Jalan2 cari makan lagi
Sebelah malamnya kami keluar lagi... jalan2 cari makan. Jam 8.00 mlm kami berkumpul kat lobi hotel macam malam sebelumnya juga.


Sambil jalan2 tu sempat la posing lagi.  Maklumla malam terakhir kat Tawau, lepas ni tak tau la bila pulak nak sampai ke sini. Tahun depan? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi?  InsyaAllah kalau panjang umur.  Jadi sebelum kami balik ke semenanjung, tambahan pula esok kami dah nak bertolak ke Semporna.......... Jadi, kami nak bergambar la puas2 sebagai kenangan datang ke Tawau nih.



Lebih kurang 1 jam berjalan... sebenarnya tak la jauh pun, tp sebab asyik dok posing jer sepanjang jalan, tu yang sampai 1 jam berjalan.



Kali ni kami cari seafood pula.  Tapi tak semua order seafood, ada yang makan nasi goreng jer.  Cepat betul tukang masak kat gerai makan ni masak... tak sampai 15 minit makanan yang kami order dah sampai... Bagi aku masakan kat sini tak banyak beza dengan semenanjung, tp ader jugak kawan2 yang tak boleh makan... ikut selera masing2 la kan.

Selesai makan kami terus balik ke hotel.... lebih kurang jam 10.35 kami melepak kat gerai makan kat tepi hotel.  Cadangnya nak tengok gelagat mat-mat motor kat sini... suasana malam minggu kat sini tak jauh beza dengan sesetengah tempat kat area KL. Mungkin masih awal, apa yang kami nak tengok belum bermula... jam dah pun pukul 11.30 mlm. Mata pun dah ngantuk, ada sesetengah dari kami yang dah naik ke bilik masing2.. ada juga yang masih sanggup tunggu utk melihat aksi2 malam minggu di Bandar Tawau.... Aku pun dah  ngantuk, naik tidur lagi bagus, esok nak berjalan ke Semporna pula.
Tamat catatan utk hari kedua di Sabah.