Jumaat, 13 September 2013

Sabah - Hari Keempat - Bhgn 1

Nak sambung sikit lagi cerita pasal perjalanan kami ke Sabah ~ dah lama stop, cerita nya pun dah ingat2 lupa, catatan aku dah hilang sbb telefon nokia aku dah format. Mana taknya asyik hang jer pastu asyik keluar mesej memori full jer walaupun dah banyak buang data dalam tu.

Walaupun dah format tp masih juga bermasalah. Hai lah nokia, patutlah sekarang ko nyer prestasi company makin down. Orang pun dah tak ramai pakai Nokia sekarang nih. Dengar cerita Microsoft dah beli Nokia nih... tak tahu la berapa lama Microsoft boleh bertahan dengan Nokia nih.

Oh... lupa lak aku sebenarnya nak sambung tulis pasal perjalanan ke Sabah bukan pasal Nokia.

Hari ke4.

Suasana pagi di Semporna



Kami dah bersiap2 nak balik hari ni. Waktu penerbangan pada jam ............sebelah petang, so sempatlah kami nak jalan2 kejap kat pekan Semporna ni.

Tapi sebelum keluar dari hotel nih kena lah sarapan dulu, dah disediakan percuma.

Sarapan pagi yg disediakan dlm pakej penginapan






















Lepas sarapan gi tengok ikan dulu dalam sangkar, diorang kat hotel ni kata aquarium..



3 dara pingitan... ops 2 jer anak dara, 1 mak dara






Sabah - Hari Ketiga - Bhgn 6

Jam 7.00 mlm kami bersiap utk makan malam. Kumpul kat lobby hotel dragon inn. Lebih kepada resort. lokasi atas permukaan air. memang cantik lokasi dia. Kami keluar jalan kaki jer... dekat je dengan tempat kami menginap, tapi sebelum tuh kami nak jalan2 sekitar pekan Semporna ni dulu.

Kalau ikut cerita beberapa orang yang sempat aku bersembang di Bandar Tawau termasuk driver van yang kami naiki, pekan Semporna ni macam pekan koboi jer. Tak banyak kedai area sini. Bila menjelang maghrib jer banyak kedai yang akan tutup. Sebelah malamnya pula tak banyak aktiviti di sini menyebabkan kami rasa malas pula nak kesini. Tapi disebabkan tujuan kami nak ke pulau, terpaksalah juga kami ke sini.

Tapi bila kami sampai kat sini, ternyata tanggapan kami salah. Takder lah seteruk yang kami bayangkan  kecuali perjalanannya yang agak jauh. Banyak juga kedai2 kat area sini. Banyak juga yang sedang dalam pembinaan, terutama di pinggir pantai. Rasanya kalau kami datang ke sini lain kali, pekan ni dah pesat membangun. Lebih kurang jam 9 mlm, kedai2 mula beransur tutup.






Lepas tu kami pergi ke kedai makan yang berhampiran. Kedai2 makan masih banyak yang buka di sini. Kali ni kami makan seafood. Kami pilih kedai makan yang paling hampir dengan tempat kami menginap, bukan apa banyak makanan laut yang ada kat kedai ni berbanding dengan kedai2 lain. Kedai lain tu makanan biasa2 jer. Memang puas hati.


Bila dah selesai makan kami jalan pula balik ke bilik penginapan. Sambil2 tu sempat la juga bergambar kat sekitar kawasan hotel @ inn tu. Banyak juga hotel kat kawasan ni.






Dah sampai kat hotel kami sempat lagi lepak2 dekat jeti ada penjual2 mutiara masih lagi berlegar2 mencari pelanggan malam2 macam nih.