Lebih kurang Jam 2.00 petang kami mula dengan aktiviti snokerling. Ada yang takut nak turun dalam air pada awalnya, maklumla ada yang tak pandai berenang. Tapi lama-lama bila dah berada kat dalam air masing-masing dah lupa diri.... termasukla anak aku yang umur 4 tahun. Dia pun tak nak melepaskan peluang berada kat Pulau Mabul nih. Rugi rasanya kalau dah datang ke sini tapi tak ambil kesempatan ini untuk mandi dan berenang. Pantainya cukup menarik. Cakap lebih-lebih pun tak guna, korang tengok la sendiri gambar-gambar yang kami ambil nih. Sayang sekali kami tak bawa kamera yang boleh ambil gambar dalam air. Kalau tak, boleh kami ambil gambar terumbu karang yang ada serta hidupan laut yang jinak-jinak di sini.
Lepas berenang kat tepi pantai sambil mendapat sedikit tunjuk ajar daripada pemandu bot yang kami sewa tentang cara-cara menggunakan alat snorkerling, kami mula bergerak ke tengah, tempat yang lebih selesa untuk aktiviti snokerling.
Lepas tu kami naik semula bot untuk ke tempat yang lebih dalam dan menikmati pemandangan yang lebih cantik dan menarik. Memang cukup indah pemandangan di sini. Lain kali kalau datang lagi, confirm aku akan bawa kamera yang boleh masuk dalam air.
Sayang sekali kami tak boleh berada lama di sini. Ini semua gara-gara eksiden semasa kami on the way ke sini tadi. Sepatutnya kami sampai di sini lebih kurang jam 10.00 pagi kalau ikut rancangan. Lebih kurang jam 3.30 ptg kami kena bertolak ke Pulau Kapalai pula. Perjalanan ke Pulau Kapalai mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Bukan apa, takut tak sempat nak balik ke Semporna. Bot yang kami naiki ni takder lampu, so kena balik sebelum malam.