Selepas selesai snokerling dan berenang di Pulau Mabul kami bertolak ke Pulau Kapalai pula. Pulau Kapalai ni agak unik sikit berbanding pulau-pulau lain. Sebabnya pulau ni takder daratan. Yang ada cuma resort yang dibina di atas air.
Cukup menarik pemandangan di sini.
Sempat juga kami turun snokerling di sini. Air kat sini dalam sedikit jika dibandingkan dengan Pulau Mabul. Maklumla kat Mabul ada pantai, semakin dekat ke pantai semakin cetek. Kat sini takder pantai jadi kami kena berenang. Cuma beberapa kawasan jer yang agak cetek yang membolehkan kami berpijak, itupun dekat dengan resort yang ada kat sini. Kalau tak kenalah berpijak atas batu-batu karang yang ada di situ. Kalau nak berpijak kena berhati-hati takut terpijak batu karang yang tajam. Mula-mula agak takut juga nak berpijak atas batu karang nih, dah lama sikit cuba2 try pijak ok jer baru tu la berani.


Lepas selesai mandi dan snokerling, kami mula bersiap untuk balik ke Semporna. Lebih kurang jam 4.30 ptg kami bergerak balik ke tempat penginapan kami di Semporna, Dragon Inn. Kali ni kami balik ikut arah yang berlainan dari laluan semasa kami datang tadi.. Ini kerana hari sudah hampir senja, kami perlu sampai sebelum hari malam manakala air laut pula sudah semakin surut.. Kami menyusuri laluan sepanjang pantai, kalau sempat kami bercadang nak singgah di sebuah perkampungan yang dinamakan Kg Tampi-tampi.
Kalau korang nak tahu, kampung ni pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Duyung lakonan Apek dan Maya Karin.
Sempat juga snap beberapa keping gambar sebagai kenangan... tapi gambar2 nih semua guna kamera kawan2, sebab bateri hp aku dah habis.....dah padam terus.
 |
Alhamdulillah selamat sampai semula ke Semporna |